Tuesday 31 January 2012

zwei:::....


Cerpen


Aku menelefonnya pagi itu sebelum ke tempat kerja.Bunyi suaranya keletihan.Minggu ni shift malam.So,pagi memang waktu tidurnya.Aku tahu.Tapi aku ingin tahu tetap keadaannya.Berdekah2 gelaknya apabila aku menceritakan mimpi aku malam tadi.Aku hanya terdiam.Ayat terakhir sebelum perbualan kami putus,die berpesan kepadaku..'"Riya jangan risau.kalau ery 'pergi' dulu pon ery tak kan biarkan riya 'ikut' ery.riya kne bahagia sebab riya la kebahagiaan ery..".Aku jamin,kalau perempuan 
lain di tempat aku pasti akan rasa sebak,tak pun menitis air mata kerana trharu dek ayat syahdu ery tu.Tapi aku punya feeling..-tak habis2 buat ayat jiwang karat la die ni-..=)




' Riya,mama letak bunga daisy ye dekat tepi katil tu.2-2 side la.Sebab mama da try letak rose,tak naik seri la.Tia pon sependapat dengan mama' mama mengajukan pendapat tentang persiapan hiasan kamarku untuk majlis pertunangan puteri sulungnya itu menerusi telefon bimbitku ketika aku sedang 'mabuk kerja'..'Yela mama.buatla apa pun.Riya tak kisah. Riya tahu pilihan mama dengan Tia memang tepat dan cantik.Riya ikut je pilihan mama ok.Lagi satu mama,kalau ada apa2 tak payahla tanya Riya.Mama tanya Tia je.Riya bukan apa ma,Riya sibuk dengan kerja ini.Nanti bos nampak dia ingat Riya curi tulang.Terus die cancelkan permohonan cuti Riya tunang nanti' bebel panjang aku kepada mama.Aku sebenarnya tidak suka sangat mengambil 'port' tentang persiapan majlis pertunanganku.Yang aku tahu,terus menyarung cincin dan sah menjadi tunangan kepada Rayyan Zairy Bin Daud.Terukkah aku?Tapi yang peliknya ery pon tak pernah merungut dengan 'kemalasan' aku ini.Dia mungkin faham yang keputusannya hendak bertunang dengan aku agak pantas.Aku belum bersedia.Keutamaan aku sekarang ialah kerja dan menyandang jawatan yang aku idamkan.Mungkin atas desakan pihak keluargaku dan permintaan datuk dan nenek ery agar dipercepatkan majlis itu,aku beralah.




Suatu petang,ery membuat panggilannya ke nombor telefon bimbitku.Sebanyak 10kali.Tidak berjawab,ery lantas menghantar pesanan ringkas yang berbunyi -Riya jaga diri elok2.Ery sayang riya sentiasa..Assalamualaikum- Aku yang ketika itu sedang bermesyuarat hanya membaca dengan perasaan biasa tanpa mengesyaki apa2 mahupun membalas panggilannya dan mesej nya sehinggalah aku mendengar kematian nya di kala subuh merangkak pergi.Aku bagaikan berada di dalam sebuah bilik yang kosong,senyap,sunyi,sepi tanpa ada satu bunyi pun.Aku dimaklumkan ery sesak nafas malam itu.Dia dikejarkan ke hospital.Tapi malangnya dia tidak dapat diselamatkan kerana jantungnya gagal berfungsi  dengan baik.Menurut doktor lagi,ia adalah kesan daripada tabiatnya yang suka merokok itu.Tiada sepatah ayat pun yang keluar dari mulutku sepanjang majlis pengebumian ery yang disaksikan oleh aku, mama, tia, atuk, nenek dan adiknya Qila dan saudara mara,jiran terdekat.Semuanya berjurai air mata tatkala dia diusung di dalam keranda,menuju ke kawasan perkuburan.Setelah hampir seminggu pemergian ery ke dunia yang kekal abadi itu,barulah aku 'berani' melihat barang2 hantaran yang akan dihantar ke pihak lelaki yang telah siap digubah oleh mama dan ada yang diupah kenalan mama.Kata mama,ery yang memilih warna biru laut kerana ia mendamaikan hatinya.Dia juga tahu yang aku meminati warna biru.Aku tertarik dengan senaskhah buku di antara 6 dulang itu.Aku mencapainya. Ia sebuah novel.Kata mama lagi,ery tahu yang aku terlalu meminati novel tapi da lama aku tinggalkan tabiat itu disebabkan sibuk dengan kerja.Mama tidak dapat meneruskan perbualan denganku mengenai topik ery dan barang2 hantaran itu kerana terlalu sebak.Mama memang sayangkan ery kerana ery pandai mengambil hati mama.Tidak keterlaluan dikatakan ery lebih banyak menghabiskan masa dengan mama berbanding aku.Mungkin disebabkan ery telah kehilangan kedua ibu bapa ketika dia masih kecil.Tugas menjaga dia dan adiknya diserahkan kepada atuk dan neneknya.


Terukkah aku tidak mengetahui tentang penyakit ery?terukkah aku kerana tidak mengetahui apa kesukaan ery tapi hanya ery sahaja yang tahu akan kegemaran aku?Terukkah aku kerana terlalu 'mengabaikan' dia dan hubungan ini?Terukkah aku kerana langsung tidak menitis air mata di saat kehilangan dia sehingga ke saat ini?Terukkah aku kerana tidak menghargai cinta yang dihulurkan oleh dia???

















N/C: malam ini agak sayu jalan cetenya.Mungkin emosi ada menemani.So,enjoy bacanya.Harap xbosan keyh.hehe

1 comment: