Sunday 18 March 2012

vier::::.....


cerpen


Am! itu panggilan aku untuk dia.Berlainan pula dengan panggilan dia untuk
aku.Ty??Dia kata dia tak nak panggil aku Riya sperti orang lain mahupun nama penuh
aku Atyriya.Macam2 omelannya pasal nama aku dan adik aku Ukhtia yang hanya
dipanggil Tia itu.Pelik sungguh katanya.Kadang2 aku naik rimas dengan segala kata-
katanya itu.Daripada lagaknya selepas sebulan menjadi tunangku,aku kira dia agak
kasar dari segi percakapannya.Tidak seperti arwah ery.Lebih tenang dan banyak
memberi aku 'kuasa' untuk menentukan keputusan dan kami jarang
bergaduh.Manakala aku pula,lagi kasar dia bercakap dengan aku lebih ganas aku
berikan kembali kepadanya.Dan tiap kali kami bertekak,jalan penyelesaian untuk
berdamai ialah makan.Aku tertarik dengan sikap prihatinnya terhadap jadual
pemakanan aku.Aku agak,mungkin dia tahu dengan situasi kerja aku yang terhad
untuk aku mengisi perut sendiri.Dia seolah-olah sudah dapat memahami yang aku
akan tenang selepas makan.Kelakar pun ada.Seperkara lagi tentang dia,dia
mempunyai ramai kawan perempuan.Tidak kira kami makan di mana-mana pergi ke
merata,ada sahaja perempuan yang menegurnya terlebih dahulu.Berbanding
dengan aku,jangankan kawan lelaki,perempuan pun bole dikira.Pernah sekali aku
diajukan soalan sebegini

-'Ty cemburu tak tengok Am ramai kawan perempuan?'
-Cemburu?perlu ke?Ty tak rasa apa2 pun.itu Am punya pasal la
-Yeke?Am tanya je.Kalau rasa tak perlu,baguslah.Sebab yang Ty tengok ni baru
sikit.hehe
-Apa maksud Am?Berlambak lagi ke girlfriend Am?Ty tak nak tahu pun.Malas nak
semakkan perkara remeh ni dalam kepala otak.Fikir pasal kerja lagi bagus.

Am hanya tersenyum mendengarkan jawapan aku.Keterlaluan sangat ke?Kadang-
kadang aku sendiri tidak sedar apa yang telah terluahkan oleh aku.


5bulan kemudian


Malam itu aku pulang lewat kerana menyiapkan suatu tender di pejabat.Sesekali
leherku berasa tegang aku berhenti seketika sambil mengurut tengkuk ku.Sedang aku
asyik,aku teringat kan am.Selalunya time2 begini sudah pasti telefon bimbit aku sedang
memekik minta diangkat.Jam menunjukkan hampir mencecah ke angka 9.Mana
pergi am ni?Da makan ke dia?Ke sibuk juga macam aku?Desis hati kecilku.Aku
akui,sepanjang 3bulan pertunangan kami,aku semakin belajar tentang dia.Kehidupan
dia,kegemaran dia,bukan kesukaan dia.Ternyata am juga begitu.Cuma,bila aku tidak
senang dengan perangainya aku lebih selesa mengambil keputusan membatu kan
diri dan dia pula berusaha mencairkan batu aku itu.Aku cuba memberi ruang
hadirnya cinta melalui lorong2 hatiku ini.Tapi adakah itu itu cinta?Kadang aku keliru
antara sayang atau suka.Atau lebih tepat kesunyian dalam dahagakan teman yang
ingin berkongsi hidup.Bosan menunggu panggilannya,aku pantas mencapai telefon
bimbitku dan mendail nombornya.Agak lama,tidak berjawab.Aku mendail sekali
lagi.Akhirnya kedengaran panggilanku disambut.

-Hello,am kat mana tu?Sibuk ke?
-Hello,oh nak cakap dengan Damien ye?Sekejap ye,saya panggilkan dia

Belum sempat Damien mengambil alih perbualan tersebut,aku cepat2 mematikan
talian.Terkejut.Perempuan??Kenapa dia yang pick up panggilan aku?Kenapa dia
yang memegang telefon am?Patutlah dia tak...Belum habis persoalan di kotak
kepalaku ini kedengaran telefon bimbitku pula berbunyi.Dia call balik??Apa yang
sedang dia buat sekarang ni?Aku membiarkan panggilan itu tergantung.Sebelum
fikiran ku kusut,aku lantas melangkah kaki aku keluar dari pejabat untuk mengisi perut
dahulu.Baru sahaja aku hendak masuk ke dalam perut kereta,mataku tertumpu ke
arah 1 pasangan yang tidak jauh dari pejabatku.Susuk tubuh lelaki itu agak aku
kenali.Takkan la.....Am??Di sisinya pula seorang gadis yang agak sophisticated
gayanya.Hati aku berdebar.Kenapa ni?Marahkah aku?Cemburukah aku?Sedang aku
asyik memerhatkan gelagat mereka bersama dengan beberapa orang lain tiba2
mata aku dan mata lelaki itu bersatu.Oooppss!


N/C: oke???hahaaha..ajak suki bace skali oke.sowie,lme x updated.keh,keh,keh.





2 comments: