Funf:::...
Cerpen
'Ni makan ke melantak ni?'soal am sambil membulatkan biji matanya tepat ke arah aku.
'Makan dengan melantak bukan sama ke?Masuk makanan dalam mulut juga kan?'pintas aku sambil menyuap nasi goreng ladna dengan agak lahap.Di depan aku, terhidang cendol pulut, sup ayam dan juga sate yang telah aku pesan tadi.Manakala am pula hanya memesan ice blended kegemarannya.
'Yang am ni pulak,tak nak makan kenape?Tadi sibuk ajak makan sama-sama.Sampai tak jadi nak
makan dengan peminat baru tu.Peminat baru?Am tersenyum kecil sambil menganjakkan kerusinya
lebih dekat dengan aku lalu berbisik
'Ty sedang menyembunyikan rase jealous ke kat am sekarang?'Suapan aku terhenti dan cepat-cepat
menoleh ke arahnya dengan membuat muka bengis. 'Nonsense!'
Serentak itu am tergelak-gelak sambil memegang perut nya.Lenguh barangkali.'Sudahlah Ty.Tak payah
nak sembunyikan.Buat ape jadi hipokrit sangat.Sikit-sikit je dah la.Dengar dulu penjelasan am okeh?'.Aku
hanya memekakkan telingaku.Sedikit pedih dengan kata-katanya.Aku tidak pasti kenapa.Oh hati!
'Am ade meeting tadi.Dekat area office Ty.Sengaja am tak nak beritahu sebab nak buat kejutan and i
want to spend my dinner with my fiancee.Pasal pick up call Ty tadi kebetulan Dina nak check schedule
am dan nak buat appointment.Am suruh die je yang arrangekan sebab i had a little bit discussion
actually we had done but missing something somewhere.Dia cakap dia tak nak interrupt my discussion so
die pick up jela.So, its up to you to trust me or not.Am bole je suruh my partner business include Dina untuk
jadi saksi or bukti tapi Ty pun mesti tak nak kan?Because its look awkward and not mature for us.'terang
am dengan panjang lebar sehinggakan kunyahan aku dari tadi agak laju bertukar perlahan.Ini ke yang
aku nak dengar?Adakah aku pasti aku memang cemburu akannya?Sedikit sebanyak hati aku
rasa...tidak seperti aku keluar dari office tadi.Lapang mungkin
' Dah tu kenapa tak makan lagi ni?Kata nak spend dinner dengan Ty?'soal aku seperti tidak puas hati lagi.'Da am tengok Ty melantak lain macam je.Am takut la.Buatnya tak cukup makanan atas meja ni semua silap-silap am pulak jadi
'makanan' Ty.Seram jugak!. Aku membalas kata-katanya dengan pukulan di bahunya bertubi-tubi dan
mencekik lehernya.Perlahan tetapi kencang.Am pula semakin galak mentertawakan aku.Aku juga turut
tersenyum melihat dia menahan sakit.Mengada-ngada!
Bibit-bibit cinta antara Atyriya dan juga tengku Damien sudah mula menampakkan hasil yang lebih
banyak bercambah di hati mereka berdua.Mana tidaknya, bergaduh semakin kerap dan sebenarnya
dari situ lah mereka semakin mengenali diri masing-masing.Atyriya yang pemarah manakala Damien
pemberi kemarahan.Riya mengaku yang Damien selalu mencabar tahap kemarahan dan
kesabarannya.Perilaku am seringkali kasar pada mulanya namun di penghujungnya kembali
lembut.Seperti yang terjadi tempoh hari ketika keretanya rosak.Cepat-cepat am menawarkan untuk
dibaiki di bengkel salah seorang kenalannya.Riya menolak pada mulanya kerana keretanya selalu
dibaiki di bengkel yang sama berhampiran kawasan rumahnya.Tapi am berkeras kerana dia sudah
lama dengan kenalannya itu dan boleh dapat murah.Tapi hasilnya kereta Myvi itu tersadai di bengkel itu
hampir seminggu gara-gara kenalannya selalu 'lesap'.Alasannya isteri sakit dan terpaksa menjaga
anaknya.Riya langsung tidak menerima alasan itu bulat-bulat kerana baginya kerja tetap kerja dan kita
harus komited.Padahnya merangkak la dia ke bus stop dan menaiki bas ke hentian komuter pula.Dalam
hatinya tidak henti-henti menyalahkan am.Namun hanya sehari sahaja dia bersusah payah dan
bersesak di dalam train kerana pada keesokan harinya tersadai kereta Honda milik am di depan
rumahnya.Dia hendak tersenyum tapi cepat ditahan bimbang am sedang memerhatikannya dari
jauh.Marah tetap marah! Itu kes pertama.
Kes kedua pula, am mengajaknya makan malam bersama business partnernya.Seperti kes pertama tadi,
Riya menolaknya dengan alasan bosan dengan suasana yang formal itu dan makan tak akan
kenyang.Tapi am berkata mereka akan makan di salah sebuah restoran seafood ikan bakar yang
terkenal.Mendengarkan seafood sahaja mengiurkan juga selera aku.Sudah lama juga aku tidak
berkunjung makan makanan laut.Nak tahu apa jadi kali ini? Sebaik sahaja kerete am berhenti aku pelik
kerana dia memasuki kawasan hotel.Apabila aku bertanya barulah aku tahu yang destinasi makan
malamnya telah bertukar ke hotel.Dahla tu langsung tiada kata maaf keluar dari mulutnya.Kalau aku tak
tanya tadi agak-agak dia akan beritahu tak??Tidak habis marahku, aku akhirnya makan 1 table
dengan rakan-rakan business perempuannya dan dia pula dengan yang lelaki.Langsung tidak
menemani aku yang terpinga-pinga dengan majlis formal itu.Makanan di hotel itu hanya sedikit aku
jamah dan aku terus meninggalkan majlis itu dan menunggu hampir 1jam di tepi keretanya.Aku
bercadang hendak memanjangkan rajukku namun tidak menjadi.Petang itu dia mengambil aku di
tempat kerja dan terus membawa aku ke restoran seafood seperti yang ditawarkan kepada aku tempoh
hari.Lebih terkejut am telah menempah restoran itu terlebih dahulu dan segala jenis makanan sudah
terhidang di atas meja yang berhadapan dengan laut.So korang imagine sendirilah adegan-adegan
romantik yang berlaku seperti biasa kat dalam tv or wayang tu.hehehe
Ternyata am bijak mengawal situasi dan pandai mencairkan sifat-sifat keras yang ada dalam karakter
Ty.Sementara Ty pula, semakin belajar untuk senyum menghadapi kehidupannya sekarang.Mungkin
kesusahan yang am berikan kepadanya adalah kebahagiaan yang dia kecapi kemudiannya.
N/C: makin meleret-leret lax.novelis ni celaru idea+otak mereng.hehe.hope enjoy bace!